WANITA …Tolonglah Hentikan Gangguan Seksual terhadap LELAKI…

 

hendaknya mereka itu melabuhkantudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMU MENDEDAHAKAN AURAT & PERHIASAN KAMU KECUALI APA YG TERZAHIR  (an-Nur : 31)

601417_615795901769291_535920242_n

PAKAIAN MENGIKUT CIRI WANITA MUSLIMAH:

  • tidak jarang @ nipis, tidak ketat (hendaklah longgar & tidak menampakkan bentuk tubuhnya & bukan pakaian yg menggoda)
  • tidak menyerupai pakaian lelaki
  • tidak menyerupai pakaian wanita kair (spt artis2 barat)
  • bukan pakaian yg SHUHRAH (bertujuan utk mencari populariti)

 

sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang,

(menggoda, nipis, ketat, seksi, dan cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat),

Rambut mereka laksana goh-goh unta (didedah dan dibanggakan). Sungguh, mereka itu tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya

– Hadis Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim


NO> 1

Gaya terkini, kebanyakkan wanita dan remaja muslimah selesa dengan baju lengan pendek yg sgt ketat & seluar Jeans sendat.

Disebabkan potongan bhg bawah bajunya pendek, maka terserlahlah bentuk punggung dan pangkal peha mereka yg amat mengiurkan lelaki.

Bila duduk pula boleh nampk ‘longkangnya’. kelihatan seksi bila berjalan tergedik-gedik .. inilah yang dikatakan “berpakaian tetapi hakikatnya terlanjang” bermakna hukumnya seperti mendedahkan aurat.

 

 

NO> 2

Ada pula yang berkata: “Berpakaian menutup aurat dan bertudung, nanti tak cantik.” Siapa kata tak cantik kalau bertudung, bahkan kelihatan manis, beradab, bersih dan ada gaya tersendiri, sekali gus membezakan antara Muslimah dan bukan Islam.

Ada pula yang berkata, “rambut adalah ‘mahkota’, jadi kenalah tunjuk.” Kata-kata itu sangat tidak betul kerana jika rambut mahkota, kenalah simpan baik-baik.

Mengapa kena simpan? Ini kerana raja dan permaisuri pun hanya pakai mahkota di tempat tertentu saja, tak dibawanya ke pasar, kelab malam, padang dan lain-lain tempat, malah di tempat tertentu dan orang tertentu sahaja.

 

Tunjuklah mahkota itu pada suami tercinta sahaja, bukannya dikongsi dengan orang lain.

Ada pula yang berkata ‘ikut fesyen moden dengan seksi dan terdedah senang pikat lelaki dan dapat kekasih.’

Aduhai remaja, jangan rendahkan martabat kita sebab bimbang nanti lelaki akan mempermainkan anda. Kerap berlaku kes ‘dapat manis sepah dibuang’ iaitu jadi bahan seronok saja.

Kalau dapat kahwin pun tak lama putus di tengah jalan. Rumah tangga dibina akhirnya tinggal tangga sahaja. Ingatlah, pakaian ahli syurga ialah menutup aurat.


 

NO> 3

Awas,  Jauhi wanita-wanita di
bawah jagaan kita daripada fesyen seluar ketat (legging).

Sungguh memalukan umat!

Fesyen seluar ketat hukumnya adalah HARAM bertentangan dengan konsep aurat wanita Islam walaupun menutupi tubuh badan.

Pemakaian sebegini di khalayak ramai mengundang dosa serta mencetuskan imaginasi seksual serta mengghairahkan nafsu seks lelaki secara langsung atau tidak langsung!


 

NO> 4

tudung ini klau kalian semua perasan….

cara pemakaiannya ia akan melilitkan tudungnya ke leher sehinggakan boleh menampakkan bentuk leher, tudung yg pendek iaitu tudung yg tidak sampai ke dada seperti mana yg diajarkan oleh islam supaya melabuhkan tudungnya sehingga ke dada, tudung yg kecil atau dikenali sebagai fit dan tidak lupa juga tudung ini terdapat sanggul di kepala apabila memakainya

klau kalian semua perasan…..

cara pemakaian tudung ini sama dengan cara pemakaian biarawati kristian.

ia menjadi haram kerana………

terdapat hadis yg diriwayat oleh Abu Daud, disahihkan oleh Ibn Hibban:

“Barang siapa yg menyerupai suatu kaum, maka ia termasuk dari golongan mereka.

Daripada hadis Nabi S.A.W pula:

“terdapat 2 golongan dari penduduk neraka yg belum pernah aku melihat:

  1. suatu kaum yg memiliki cemeti seperti ekor lembu untuk memukul manusia
  2. para wanita yg berpakaian tapi terlanjang, berlenggang-lenggok , kepala mereka seperti bonggol unta yg bergoyang-goyang

mereka ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium baunya, sedangkan bau syurga itu dapat tercium selama perjalanan sekian dan sekian.

(hadis riwayat muslim)

MasyaAllah……sungguh dahsyat effectnya kepada si pamakai sehinggakan tidak akan dapat masuk syurga dan mencium bau syurga Allah….


 

 

 

 

Kesimpulannyerr…. yg ni xboleh…

 

  • TUDUNG SINGKAT DAN MENAMPAKKAN DADA
  • BAJU LENGAN PENDEK
  • BAJU LENGAN PANJANG TP KETAT DAN BAWAHNYA PENDEK
  • SELUAR KETAT & SEKSI MENGGODA
  • TUDUNG BERBONGGOL

 


 

Perhatian kepada semua wanita-wanita islam diluar sana……..

pakailah pakaian yang menutup aurat seperti mana yang diajarkan di dalam islam itu sendiri, janganlah sesuka hati sahaja tidak menutup aurat…..kerana effectnya sungguh dahsyat di akhirat nanti. 

credit to writer : lupe da amek dr mane .. maaf.. ^___^ ngee

2 thoughts on “WANITA …Tolonglah Hentikan Gangguan Seksual terhadap LELAKI…

Leave a comment